Penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, Dimitar Berbatov dipantau pihak pengurusan Valencia untuk dibawa masuk ke Kelab Sepanyol tersebut.
Berbatov menjadi peledak utama Manchester United dalam kejuaraan lalu namun gagal menempatkan diri dalam kesebelasan pilihan The Red Devils.
Ini berikutan, Alex Ferguson lebih berminat untuk mengandingkan Wanyne Rooney dan Javier "Chicharito" Hernandez selaku pengempur utama.
Menurut laporan dari FootyBunker, Valencia sudah menyiapkan sejumlah 14 Juta Pound untuk proses pembelian Berbatov pada musim panas ini.
Malah dilaporkan juga, pemergian Berbatov tidak mendatangkan kesan langsung selepas Manchester United sedang berkira-kira untuk menandatangani Edison Cavani dari Napoli sebagai penganti.
Selain Valencia, kelab dari Perancis, Paris Saint German turut dilaporkan berminat membawa Berbatov menyertai mereka.


0 Post Saim-Saim:
Catat Ulasan