Red Warriors Takluk Carta Liga.
RedsFC
RedsFCNews@gmail.com
Kelantan kembali merampas kedudukan pendahulu Lig Super selepas menang tipis keatas Pahang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, semalam.
Satu gol jaringan Mohd Badri Radzi pada minit ke-10 sudah cukup buat anak didik Karathu memungut tiga mata penuh dihadapan ribuan penyokong serba Merah.
Kelantan berpeluang untuk menang selesa namun Norshahrul Idlan Talaha mengecewakan setelah sepakan penalti yang diperoleh hasil kekasaran Azamudin Akil keatas Nurul Azwan Roya berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang pada minit ke-24.
Dengan kemenangan The Red Warriors tersebut juga membuka kembali pintu persaingan tiga pasukan untuk memburu takhta dalam baki 3 perlawanan selepas ini hasil kekalahan Terengganu kepada Kedah dan kemenangan Selangor keatas Negeri Sembilan.
Selepas ini Kelantan akan melawan Terengganu di Kuala Terengganu, sebelum balik ke Kota Bharu menanti Perak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.
Perlawanan terakhir Liga Super adalah menentang Sabah pada awal Julai nanti.

0 Post Saim-Saim:
Catat Ulasan