BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Grab the widget 

Carian Artikel/Berita Blog Ini

Memuatkan ...

- Sila Klik -

- Peringatan Penting -

Diminta Pihak Yang Mengambil Artikel, Berita atau apa jua dari laman Blog RedsFC-News meletakkan kredit kepada setiap berita/artikel atas nama RedsFC-News di laman blog masing-masing serta pastikan tidak menukar tajuk/gubahan ayat pada artikel tersebut bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

Mohon jasa baik Semua...

Pengendali Blog RedsFC-News
Deliey RedsFC


23 Mei 2011

RedsFC - Menulis.


Kijang Ikat Harimau Di Shah Alam.

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Kelantan kempunan mengutip tiga mata penuh selepas dipaksa seri 2-2 Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bermula garang, Kelantan dikejutkan dengan gol pembukaan tuan rumah pada minit ke-15 hasil jaringan Izzat Faris Ramlan selepas menerima hantara jauh penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi.

Tidak menunggu lama, The Red Warriors melancarkan beberapa gerakan berbahaya dan berhasil menyamakan kedudukan melalui tandukan kencang S. CHanturu selepas menerima hantaran sepakan sudut Mohd Badri Radzi pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Harimau Muda A menjaringkan gol kedua, sekali lagi melalui Izzat Faris Ramlan pada minit ke-69 selepas menerima hantaran baik dari fandi Othman sebelum meledak deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.


Ketika perlawanan hampir tamat, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Sang Kijang selepas melakukan aksi menggelecek baik sebelum melepaskan sepakan mengelirukan untuk gol penyamaan pada minit ke-86.

Selepas gol tersebut, Kelantan mengandakan asakan untuk mencari gol kemenangan namun pihak lawan pantas bertahan untuk mengikat kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Lain-lain keputusan, Terengganu naik satu anak tangga ke kedudukan kedua ekoran kejayaan membenam Negeri Sembilan 3-0 selepas Selangor tewas mengejut 1-2 kepada Pahang di Kuantan.

Perak menang tipis 1-0 keatas Felda, Sabah kalah 1-3 kepada T-Team manakala Kedah seri 0-0 dengan Kuala Lumpur.

Perlis kekal di tangga tercorot selepas tumpas 1-2 kepada Johor FC di Pasir Gudang.

9 Post Saim-Saim:

cikgu jimmy berkata...

Kito harap game lepah ni kito keno kutip 3 point. Tokleh leko doh....bilo2 maso jah Tganu ngan selangor boleh rampas semula takhta liga. Gomo Kelate Gomo.

cikgu jimmy berkata...

Takpo la, takdok rezeki malam tadi. harap2 game lepah2 ni kito keno kutip 3 mato penuh. Tganu bilo2 maso boleh pitah kito. Gomo Kelate Gomo!!!

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah tuh

Tanpa Nama berkata...

bkpo astro arena kato kelate de nyumbat gol ke 3 minit2 akhir??hok mno so ni??

muhaimin berkata...

kemah kelate.asal x kaloh.haha

muhaimin berkata...

guano player harape bangso dan negaro terr..

Datuk M Karamsim walia berkata...

kelate keno kekal momentum. oyat atek reds fc tu ko datuk m karathu suh wie persiapan mntal ko pemain.. buke fizikal semata2..

Tanpa Nama berkata...

sow jah..letih.sekian..haahaa

Tanpa Nama berkata...

letih x rok guna alase tu mugo dale malaysia ni buke kelate jah main.semo team pn main..